Sunday, January 31, 2010

Januari yang baik

Menganalisa kayuhan sepanjang Januari 2010 adalah sesuatu yang agak membanggakan. Setiap hujung minggu yang bermanfaat dengan kayuhan menjadikan diri lebih sihat. Yang lebih penting, setiap jalan dan denai di kampung sendiri diterokai saban kali bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Impian di bulan februari nanti adalah mencapai 1000 km pada odometer dan mencatat jarak kayuhan mengatasi rekod 73 km yang dilakukan sebulan yang lalu, insyallah.

Saturday, January 30, 2010

Kayuhan Hujung Minggu

 
Bersama Johan dan Yen kami menyelurusi kampung sejauh 20 km di petang Jumaat sebagai sebahagian kayuhan hujung minggu. 2 MTB dan 1 basikal Jepun (27 inci) menjadi tumpuan kanak-kanak yang bermain di kala petang. Sebaik tiba di jambatan ini, rupanya masih seperti sebulan yang lalu. Runtuhan tanah belum terusik menyebabkan kami tertanya-tanya samada laporan telahpun sampai atau tidak kepada YB.
Bro Yen bersemangat untuk terus mengayuh kerana setiap kali naik timbangan, jarum penunjuk sentiasa memberikan bacaan bersemangat. Koho-koho kita kembali kepada ideal weight.
 
Kayuhan nasi lemak pagi memecah rekod lama bro yen dengan 32 km. Puas hati rasanya walaupun pagi ini laluan agak berbeza dengan banyak uphill dan jalan batu di tepi sawah. 
 
Setiap hari, jalan baru diteroka dan niat kami adalah untuk menggalakkan kegemaran berbasikal dalam kalangan warga Malaysia. Biar kami mulakannya. 
 
Dah terasa mcm PPD pula kerana hari ini sahaja tidak kurang daripada 7 buah sekolah dilalui. 

Tuesday, January 26, 2010

Road Safety


Jangan kedekut untuk memastikan keselamatan semasa mengayuh. Lampu belakang basikal adalah wajib bagi pengayuh yang terlajak( sampai lewat melepasi maghrib). 

Thursday, January 21, 2010

kayuhan ada di mana-mana


Melalui jalan ke Sepang pada pagi Sabtu agak menyeronokkan bagi pengayuh lain walaupun berkereta kerana kita tahu bahawa kita mempunyai minat yang serupa. Mungkin tidak bagi orang lain yang menganggap pengayuh basikal mengganggu perjalanan mereka. Biarkan mereka kerana mereka belum tahu nikmatnya.


Lepas mengayuh, kepuasan ditunjukkan melalui cara mereka berposing. Putrajaya sudah digenggaman. Panas mula terik dan inilah bukti yang ada untuk dibawa pulang. Sekumpulan pengayuh bergambar di Putrajaya pada waktu tengahari Sabtu.



Kalau kita tidak ramai bukan maknanya kita tidak boleh mengayuh. Yang penting , di mana-mana sahaja ada ruang untuk sihat dengan berkayuh.

Rasa bosan dengan road bike, MTB pun ada kepuasan tersendiri. Yang penting, langkah pertama ke kedai basikal. Tak kiralah Kedai Ah Fook, Kedai Mutiara dsb. Sekali berkayuh, kebasnya memang tak tertahan. Masuk 2 bulan, jangan cerita pasal kayuh kalau tak dapat 20 km. Alhamdulillah, lena tidur malam dan bila berjalan dah rasa macam komando hehehe

selepas 3 hari

Selepas 3 hari melayan letih kursus, hari ini kayuhan diteruskan sebelum datangnya penyakit jemu. 2 hari lepas sempat meninjau racing bike jenama scott yang telah diupgrade sana sini. 20 km pada hari ini agak sesuai dengan kemampuan diri namun jauh di sudut hati, suatu hari kayuhan round semenanjung akan dirancang. Bila? entahler

Thursday, January 14, 2010

Kayuhan pecah karbo

Setiap petang berkayuh tetapi matlamat nya mungkin berbeza. Semalam, kayuhan pecah lemak tetapi hari sekadar pecah karbo. 17 km yang merilekskan.

Wednesday, January 13, 2010

Kayuhan leleh


Jam menunjukkan pukul 3.15 petang. Mata sudah mengantuk namun semangat untuk mengayuh sangat tinggi kerana semalam sudahpun menjadi hari rehat sedunia. Ambil kelengkapan dan mula mengayuh, itulah prinsip yang digunakan setiap kali mengayuh. Separuh masa pertama perjalanan amat memeritkan dengan kayuhan rintangan angin sehingga ke sempadan Kuala Besut. Diablo dirakam di tepi kuala selepas solat asar di kg dalam rhu.


Dari atas jambatan menunjukkan jelas muka kuala besut yang begitu mendamaikan. Sesiapa yang berminat ke Pulau Perhentian akan menaiki bot dari sini. Kayuhan 70 km disertai dengan lelehan air hidung yg boleh dirasakan oleh pengayuh basikal.

Monday, January 11, 2010

Ubat Insomnia- kayuh dan tidur awal


Kayuhan hari ini bermula daripada Pusat Servis Toyota, Kota Bharu. Diablo dipunggah bersama supaya 2 kerja dapat dijalankan pada masa yang sama. Tidak payah memikirkan bas atau teksi untuk pulang. Jam menunjukkan waktu 4.45 petang. Kayuhan bermula sejauh 40 km. Perjalanan agak lancar dan kayuhan yang stabil dengan odometer menunjukkan kelajuan sekitar 21-22 km/j.


Dipertengahan jalan, terserempak dengan seorang penunggang yang juga menggunakan diablo dengan disc. Helmet baru rupanya dan menggunakan tema kayuhan helmet baru pada petang ini. Dengarnya telah membakar sebanyak 2 kg sejak menggunakan diablo.


Teruskan usaha untuk menjejaki sesuatu yang telah hilang iaitu seluar bersaiz 32 inci dan ke bawah.


Jangan jadi komang sepanar dan berat nanang. kesihatan dijaga dan ibadat tidak terabai. Teruja melihat beberapa remaja yang berbasikal ke masjid. Hidupkan budaya berbasikal tanpa memilih laluan.  Setiap malam, mata mengantuk dan tidur yang puas disamping pagi besok yang ceria, insyaallah

Sunday, January 10, 2010

Antara pagi dan petang


jika memilih untuk mengayuh di waktu petang maka kita akan dapat merasakan suasana yang semakin sejuk dan gelap. Jarak kayuhan terpaksa diukur dengan baik supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai. Alangkah malunya jika kita masih berkayuh ketika jemaah sedang menunggu untuk mengangkat takbir solat maghrib di masjid dan surau dalam perjalanan kita.

 
Damainya waktu petang di sawah padi dan kita akan dapat melihat kanak-kanak ketawa riang sambil bermain dan ada yang sedang mengail ikan menunjukkan bahawa desa ini masih seperti dulu. 

Kayuhan pagi menjanjikan banyak kelazatan. Vitamin D daripada cahaya dhuha ketika menyelusuri desa sungguh mengasyikkan di samping dinginnya belaian sepoi-sepoi angin. Nasi belauk menjadi hadiah untuk sebuah kayuhan.

Saturday, January 9, 2010

Peluang menjadi usahawan basikal


Wanita dikatakan lebih ramai daripada lelaki. Kalau mereka masih ingin berbasikal maka peluang untuk menjadi usahawan basikal masih terbuka. Dimerata-rata tempat pengguna dalam kalangan wanita masih ramai . Apa yang perlu dilakukan adalah warna basikal dan stail yang sesuai dengan mereka.


di setiap rumah masih ada basikal dan kanak-kanak yang memerlukan basikal. Peluang maasih terbuka.


Saiz agak kecil tetapi basikal di dalam foto ini dikayuh bersama pembonceng yang berdiri . Kita sebagai usahawan boleh memikirkan jenis basikal yang mampu membawa pembonceng berdiri dengan lebih selamat

Thursday, January 7, 2010

Kayuhan Asyura


Bak kata orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya, kalau dah tua bangka, pakai serban sepikulpun belum tentu betul cara mengambil wuduknya. Hari ini, anak sedara aku baru nak menegur kerana 2 hari sebelum itu, aku tidak sempat memberi pakai helmet merah.


Pemilik Diablo disc terus mengayuh sebaik pulang. Kayuhan asyura menuju ke Bukit Abal setelah mendapat jemputan daripada kerabat di sana.


JPS tau tak bahawa sungai ini dan semakin melebar dek hakisan selepas dicuci. Tanaman penguat tebing sepatutnya ditanam untuk mengelakkan hakisan. Nanti mana sepupu saya mau tinggal ha?


Apa rasa selepas mengayuh 20 km, siap dengan lampu lagi. Once a biker, always a biker. Asyura yang paling sedap jatuh kepada Asyura Rela.

Wednesday, January 6, 2010

Nasib 1Malaysia

Semasa berkereta ke tempat kerja pagi tadi, saya terpandang satu senario yang cantik namun sayangnya tidak dapat diterjemahkan menjadi foto dek kesibukan jalan dan terdapat sebuah motosikal yang mengikut rapat di belakang. Apa yang menariknya ialah deretan pelajar yang menunggang basikal sedang menanti giliran untuk melintas jalan. Kenapa menarik ? Semuanya perempan dan basikal tersusun rapi di tepi jalan dengan gaya yang sama dan baju yang seragam. Hebat! Kita semakin kurang memberikan kemudahan kepada mereka yang menjaga alam sekitar daripada pencemaran. Pemandu kereta semakin laju apabila melihat orang menunggu untuk melintas jalan. Itulah nasib 1Malaysia.

Tuesday, January 5, 2010

Downhill menarik


Mengapa orang berterawih setakat 10 hari di masjid ? Mengapa orang baca buku hanya sampai bab 3 sahaja? Mengapa orang kayuh basikal setakat 2 bulan ? Jawapannya sama aje; berhenti sekejap. Itulah sebab ramai penulis blog kembali sepi berbulan-bulan. So, walaupun rintik dan kurang rehat, namun kayuh tetap tidak boleh berhenti kerana sejarahnya begitu. Laluan bukit di Jeram Pasu-Telipot memang sentiasa menunggu sesiapa yang terasa kental pehanya.



Penat mendaki akan terus hilang sebaik terpampang DH yang menarik dan mengujakan.


Mengapa teruja? pertama kali downhill mencecah 56.3 km/h yang mendebarkan. Keseronokan terasa dengan kayuhan setiap hari kerana tanpa kayuh maka tiadalah khabar di blog ini. 

Sunday, January 3, 2010

Banjir? Kayuhan Monsun


Hajat di hati untuk mengayuh melalui jalan yang biasa digunakan namun tanpa disangka rupanya banjir di tengah jalan. Diablo dikayuh perlahan-lahan sambil melihat kawasan yang dilanda banjir sedangkan sepanjang pagi tadi hanyalah sederhana lebatnya. Hujan di hulu sungai , banjir di muara.


Bengkel motosikal sudah menjadi kolam renang buat kali keempat di musim tengkujuh kali ini.


Kami juga dulu mempunyai kisah yang sama kerana berada di kawasan rendah. Kini, giliran mereka pula diuji.


Kat mana ni? Nasibla , JPA turut sama membantu mereka yang ingin keluar masuk ke kampung. 

Saturday, January 2, 2010

Kayuhan Penamat Cuti Persekolahan Hujung Tahun


Niat untuk menamatkan cuti persekolahan hujung tahun dengan kayuhan jarak jauh sudah terpahat sejak beberapa hari yang lalu. Kayuhan yang paling jauh sebelum ini ialah 52 km. Itupun sudah lebih 2 bulan yang lalu. Hari lain hanya maintain 15-30 km sehari. Berat badan masih belum menunjukkan penurunan yang ketara walaupun terasa lebih cergas. Sasaran hari ini ialah ke Wan's Cycle untuk mendapatkan helmet sebagai langkah keselamatan. Hujan turun sejak awal pagi sedikit sebanyak mencabar komitmen. Kayuhan sejauh 2 km pertama dihentikan kerana hujan namun untungnya, keletihan kurang terasa kerana cuaca yang dingin. Diablo dirakam di depan sebuah kedai basikal di Pasir Tumbuh.
 

Kelantan yang mencatat sejarah ke final 2 piala pada tahun 2009 turut menjadi rakaman lensa. Sokongan tetap diberikan walaupun kecewa melihat gelagat penonton yang tidak dapat menerima kekalahan di Stadium Nasional tempohari. Dua kali terserempak dengan road bikers yang memecut laju dan guarantee tidak dapat dikejar dengan kekuatan jentera mereka.


Diablo dirakam di depan Istana Kubang Kerian. Sultan yang sedang gering  menantikan doa rakyat jelata untuk kesihatan Baginda. Comotnya Diablo sehinggakan botol air juga terpaksa dicuci sebelum dapat mengeringkan haus. Jarak perjalanan sudah menjangkau 30 km yang memang biasa dilakukan bersama Diablo.


Setelah membeli helmet di Wan's Cycle, jenama Rock Bike yang terletak sejauh 35 km daripada rumah. Ketika ini, simpang di depan HUSM Kubang Kerian dan cuaca sudah mula cerah. Terasa diri lebih selamat dan ia merupakan ilhtiar penunggang basikal demi keselamatan semasa beriadah.


Memilih untuk menggunakan laluan lain menemukan Diablo dengan SMK Puteri Saadong, Lagenda Puteri Raja. Sayangnya, beberapa patah perkataan telah hilang dan mencacatkan pemandangan. Hari ini, banyak sekolah yang mengagihkan bukut teks kepada pelajar mereka. Terasa juga kesusahan yang ditanggung mereka kerana terpaksa memikul buku teks untuk balik ke rumah kerana tidak mempunyai kenderaan seperti kereta. Oleh itu, rasanya buku teks perlu digunakan sebaik mungkin dan lebih kerap oleh guru di dalam kelas.


Singgah solat zohor di sebuah masjid di Pekan Gunung berdekatan dengan kuari. Menjamu selera dengan nasi yang dibawa oleh isteri tersayang yang baru balik daripada sekolah. Terserempak pula dengan tuan punya diablo disc yang dalam perjalanan ke Airport. Lensa diserahkan untuk merakam sebuah kayuhan


Selepas 4 jam mengayuh, diablo tiba di rumah dengan kayuhan sejauh 76 km dan kalori dibakar sebanyak 800++. Kepuasan terpancar dismping mengimpikan sebuah road bike yang lebih ringan dan laju untuk kayuhan lebih jauh. Insyallah!

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 2010 dan Impian


 
Beberapa hari lepas ada juga teringin untuk menggantikan MTB Diablo dengan sedikit upgrade. Ada permintaan tetapi terpaksa ditolak kerana MTB baru diganti oleh 5 KB (Kambing Bunting) untuk sasaran masa depan. Yang pertama ialah sbagai syiar Islam kerana aqiqah dan korban memang memerlukannya. Kedua, membantu sesama muslim supaya perkembangan ekonomi dapat dikongsi bersama (kira pawah). Ketiga, mungkin suatu hari aku akan ada MTB untuk kayuhan petang dan another road bike untuk LSD (Long Slow Distance).