Saturday, March 9, 2024

9 Mac 2024 Medina Day 69

Pagi ini ayahanda minta bag plastik untuk disimpan selipar untuk memudahkan urusan storan.

Petang ini, dia nampak kurang baik mood semasa meninggalkan Medina. Selepas berhenti minum di Nana Rest, senyum terukir dan bercerita tiada henti. 


Sunday, May 15, 2022

salsilah Rang Talu

Hujung minggu yang sangat diingati ketika berkunjung mesra ke Ipoh. Ada beberapa perkara yang tercatat di blog ini untuk kenangan.

1. Keturunan sebelah nenek ada 4 adik beradik yang bernama Umar, Rajemah, Rabaah(nenek saya) dan Yatim. 
2. Etnik Talu dari Sumatera adalah asal keturunan ayah 
3. Pertemuan ayah dengan Tajul rakan sepermainan setelah hampir 70 tahun tidak bertemu. Haji Tajuk telah berumur 84 tahun.
4. Kakak ayah, Noriah (maklang) juga dapa t bersama kami untuk mengimbau memori ayah sebagai orang Pengkalan Baru , Gopeng

Tuesday, January 30, 2018

Testing blog

Cuba dengan blog ni kot boleh upload foto

Friday, December 29, 2017

Stop and talk

Selepas berjalan kaki maka berbasikal adalah alat komunikasi terbaik. Kayuhan perlahan dan memenuhi setiap ruang kecil membantu menjadikan kerjaya polis lebih bermanfaat.

Polis di tempat saya dulu semasa yang saya ingat masih ada yang berjalan kaki. Tetapi sekarang saya kurang pasti. Mungkin sudah tidak sesuai lagi. Pemilihan basikal eletrik adalah sesuatu yang bijaksana. Tahniah

Saturday, December 23, 2017

19.54/100

Gagal mencapai sasaran 20 km hari ini. Kesilapan kerana tidak mensasarkan 10 km menyebabkan bacaan kurang cantik. Tahniah untuk diri ku ini yang meningkatkan kemampuan seratus peratus sejak seminggu lalu.

Dengan memakai spek yang dibeli online kayuhan pagi minggu amat tenang dengan sedikit kayuhan keras untuk mendaki jalan yang agak berbukit.

Kayuhan sampai ke Masjid Penjara Kajang amat mengujakan cuma tidak ku lajak sampai ke padang golf takut lambat pula breakfast.

Alhamdulillah selepas 2 bulan
menjadi ahli cabg atau the zippers aku mengayuh basikal sejauh 20 km dengan average 15 km/j.

Tuesday, December 19, 2017

Banyak bonggol

Kayuh di area perumahan bermakna kita perlu bersedia untuk menempuh segala bonggol keselamatan. Apa yang aku nak kisahkan ialah mengayuh basikal jalan atau road bike akan menggegarkan lemak dada setiap kali melalui bonggol.

Kayuhan semakin baik dengan kemampuan untuk mendaki sedikit demi sedikit. Laluan baru sentiasa di cari supaya kayuh kayuh kenal tempat akan lebih beerti.

Friday, December 15, 2017

10 km pertama

Hari kedua aku cuba mengayuh selepas cabgx2. Rasa penat di minit pertama kerana jalan berbukit untuk keluar dari lorong rumah. Sakit punggung kesan kayuhan pertama masih terasa, pastinya kena mencari seluar sponge bagi menaikkan semangat gatih koho koho.

Kayuhan di jalan besar sehingga ke SAAS dan berpatah balik. Sambung lagi kayuhan  ke taman rakan dan berehat sekejap di taman permainan. Peluh tidak banyak tetapi keletihan terasa.

Apapun tahniah pada diriku yang mencuba