Saturday, May 29, 2010

Kelab Berbasikal Paspute

Alhamdulillah, akhirnya sebuah lagi kelab untuk penggemar riadah berbasikal ditubuhkan dengan keahlian pertama seramai 8 orang. Mesyuarat penubuhan dilakukan di jeram mengaji yang akan menjadikan kami lebih aktif dalam aktiviti berbasikal. Saudara Laziz telah dipilih sebulat suara sebagai pengerusi dan aku telah dipilih menjadi setiausaha kelab. Laman blog kelab telah juga dibuat http://kbpaspute.blogspot.com .

Mesyuarat orang melayu selalunya diakhiri dengan upacara makan-makan hehehhe

Tuesday, May 25, 2010

Cemas....

Sampai rumah lebih kurang jam 2 ptg. Kurang bernasib baik kerana wifi jiran ditutup bukan mcm biasa neighbour-friendly. Bosan menunggu petang untuk kayuhan maka saya mengambil keputusan untuk berkayuh seawal jam 3. Persiapan dibuat dan terkejut beruk melihat tayar belakang Fuji kempis. Apahal ! Semalam rasanya masih elok dan terik. Aku memasukkan basikal ke dalam kereta dan kesemua kedai di pekan tidak mempunyai stok tiub basikal 700X25C. Apa lagi, aku memerlukan setengah jam untuk ke sempadan negeri jiran. Nasib baik, berbaki 2 tiub yg lebih kecil 700X18-23C. Kira ok la tu. Aku menyuruh mereka menukar tiub dan menyimpan baki terakhir untuk lain waktu.

Pukul 5.30 kami berempat ( dua rider basikal jepun, satu MTB dan Fuji ) bergerak untuk riadah. Kelajuan 24-25 km/j sejauh 10 km sudah cukup untuk mengeluarkan peluh jantan. Aku tidak mampu bertahan lama dengan kelajuan tersebut. Perut sudah mula kembung dan dada semakin menyesakkan.
Selepas berehat seketika, aku mula memecut sehingga 29 km/j untuk sejauh 2 km dan rupanya 2 lagi rider sudah bersiar-siar di belakang.
Masuk jalan kampung rupanya kurang selamat kerana ada sebuah Wira yang dipandu laju hampir melanggar kami di selekoh. Kami terbang ke dalam semak dan syukurlah semuanya selamat. Kayuhan ditamatkan dengan segelas tea o beng laici dan laicikang. Jarak kayuhan 26 km dengan average 24-25 km/j sudah cukup untuk aku berehat drp bermain badminton pada mlm ni.

Friday, May 21, 2010

Lata Mukmina

kawasan yang sesuai utk diadakan kayuhan MTB.. Laluan berbukit untuk penggemar aktiviti lasak. Laluan ke Lata Mukmina adalah sejauh 5 km drp jalan besar. dikelilingi kebun getah amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan MTB
Li Amstrong terpaksa DH dengan kaki selepas berdepan dgn masalah brake.
keaslian dan keindahan yang sukar ditemui jika kita tidak sanggup untuk sedikit cabaran.
Nice to see, berenang belum tahu...... jom kita datang lagi

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Berbasikal

Berbasikal sebagai salah satu aktiviti untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Dengan kata lain, aktiviti yang boleh membantu menguatkan kekuatan jantung manusia. Ia diibaratkan kekuatan kaburator sebuah motosikal. Jantung yang lebih sihat akan bekerja secara optima di mana darah beroksigen akan dipamkan ke seluruh anggota badan dengan secukupnya.
Memilih untuk berbasikal bermakna kita telah bersedia untuk menjadi lebih sihat namun mendapatkan nasihat doktor adalah lebih baik jika kita pernah mengalami masalah kesihatan. Aktiviti berbasikal seelok-eloknya dilakukan melebihi 3 kali seminggu supaya ia betul-betul akan memberikan kesan kepada kesihatan kita. Beberapa konsep kecergasan perlu difahami supaya kita tidak membazirkan masa di atas basikal namun kita tidak mendapat sebarang faedah daripada aktiviti yang dilakukan.
Selamat Berbasikal