Tuesday, November 21, 2017

Kedai Basikal di Kejiranan

Apabila kita tidak mencari , kita biasa akan selalu nampak. Apabila sangat berkeinginan, susah pula nak ketemu.

Di.kawasan Sungai Sekamat ni, ada 2 buah kedai basikal yang anda boleh jumpa. Sebuah kedai terletak di tepi jalan besar dan satu lagi berada di jalan kampung.

Suatu hari aku akan meninjau kedua ledai untuk melihat apa yang boleh dimanfaatkan untuk gatih koho koho

Monday, November 20, 2017

Rindu untuk Kayuh

Hari ini dah masuk hari ke 27 aku menjalani pembedahan pintasan jantung. Alhamdulillah aku sekali sekala ke gym dan mengayuh stationary bike. 30minit tanpa sakit dada adalah petunjuk yang positif kepada pemulihan masalah jantung tersumbat. Yang paling penting ialah aku kembali sihat dan adalah wajar untuk aku mula berkayuh kembali.

MTB Raleigh ku yang dicuri di Sabah sudah bukan milikku lagi dan yang ada sekarang ialah Fuji Road Bike yang ada di kampung. Lap talilap tamplung .. nak bawa ke kl atau tidak

Saturday, December 17, 2011

MENJADI BROKER BASIKAL

Dah dua kali balik ke Alor Setar maka 2 buah basikal Specialized telah dibawa balik ke Kelantan. Mengapa? Kerana KH kedai basikal memberikan harga RM1k untuk sebuah MTB 7-gear yang mampu menguatkan azam tuannya untuk kembali - asal tayar bergolek. Kekadang kita memerlukan motivasi untuk terus berada di speda kerana cabaran menjadi sihat amat getir untuk konsisten lakuannya. KH basikal di Jitra sedang melakukan proses menjual semua basikal lain kerana akan menjadi pengedar satu jenama sahaja. Sesiapa yang inghin mendapatkan specialized, exitway dsb, dipersilakan

Monday, November 28, 2011

Dari Masjid ke Jalan Raya



Bermulanya kami adala jemaah Masjid (gambar) terdiri daripada julat umur yang sangat besar iaitu 10 thn - 56 thn, julat kecergasan yang tinggi iaitu 40 km/k hingga 15 km/j namun dek kerna muafakat akhirnya berjaya mengadakan satu trip ke penarik yang terletak kira-kira 70 km. Alhamdulillah! Hujan lebat serta banjir sedikit merencatkan perencanaan namun syukur, di pagi sabtu hari begitu cerah dan seolah-olah menggamit kami untuk berkayuh.
MULA di depan Masjid Ibrahimi 

MULA di KEM BARI sebelum pulang
                                                                                                                                                                                                                                                                 

Monday, November 21, 2011

Suatu Hari Di Hari Raya


Suatu hari di hari raya, aku melihat 2 gadis sedang ber fixie. Bagus untuk kesihatan mereka namun agak janggal apabila melihat cara mereka berpakaian di pagi raya. "Matlamat tidak menghalalkan cara" Lebih elok jika merreka menutup kepala mereka supaya selari dengan kehendak islam.

Friday, November 18, 2011

BUANG HABUK

Petang semalam Fuji RB di bawa turun semula ke tanah dengan habuk menunjukkan bahawa ia tidak digunakan sejak sekian lama. Speedometer kurang berfungsi namun bukan halangan untuk memulakan semula khidmatnya untuk kebaikan dan kesihatan diri. Mengayuh sejauh 10 km pada hari pertama sudah cukup untuk menjadi penanda aras kepada komitmen untuk terus mengayuh berkebetulan dengan keadaan semasa yang agak mengizinkan untuk meluangkan masa demi mencapai kesihatan optima.
Air glukos untuk gantikan tenaga yang digunakan dibawa bersama dan alhamdulillah hati berasa puas.

Thursday, November 10, 2011

pencuri besi buruk

geramnya, sudah ditulis kisah pencuri besi buruk, hilang gitu aje............Gerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!