Monday, June 6, 2011

Kayuhan Haatyai 1

Sabtu - Kami memulakan program untuk berkayuh di Haatyai , Thailand dengan menumpang sebuah DMax yang hendak ke Kedah. Kami berempat dan road bike bersedia untuk menikmati kayuhan di negara gajah putih.

Jalan sesak ke Rantau Panjang kerana cuti sekolah. Kami hanya tiba di pekan Golok pada pukul 5 petang dan memulakan program ke Haatyai setelah jam 6 petang (waktu Malaysia)
Bersiap-siap dengan tukaran wang RM100 = 960 Baht cukup rasanya untuk belanja semalam di Haatyai. 2 orang akan berada di belakang Dmax, takpa lah, janji sampai.
Tiba di Haatyai, menikmati dinner di Salma Restaurant sekitar RM 78 untuk 7 orang. Kira murahla kerana ia adalah berhawa dingin. Selepas checked-in, kami meronda sekitar bandar Haatyai......