Saturday, December 17, 2011

MENJADI BROKER BASIKAL

Dah dua kali balik ke Alor Setar maka 2 buah basikal Specialized telah dibawa balik ke Kelantan. Mengapa? Kerana KH kedai basikal memberikan harga RM1k untuk sebuah MTB 7-gear yang mampu menguatkan azam tuannya untuk kembali - asal tayar bergolek. Kekadang kita memerlukan motivasi untuk terus berada di speda kerana cabaran menjadi sihat amat getir untuk konsisten lakuannya. KH basikal di Jitra sedang melakukan proses menjual semua basikal lain kerana akan menjadi pengedar satu jenama sahaja. Sesiapa yang inghin mendapatkan specialized, exitway dsb, dipersilakan

Monday, November 28, 2011

Dari Masjid ke Jalan Raya



Bermulanya kami adala jemaah Masjid (gambar) terdiri daripada julat umur yang sangat besar iaitu 10 thn - 56 thn, julat kecergasan yang tinggi iaitu 40 km/k hingga 15 km/j namun dek kerna muafakat akhirnya berjaya mengadakan satu trip ke penarik yang terletak kira-kira 70 km. Alhamdulillah! Hujan lebat serta banjir sedikit merencatkan perencanaan namun syukur, di pagi sabtu hari begitu cerah dan seolah-olah menggamit kami untuk berkayuh.
MULA di depan Masjid Ibrahimi 

MULA di KEM BARI sebelum pulang
                                                                                                                                                                                                                                                                 

Monday, November 21, 2011

Suatu Hari Di Hari Raya


Suatu hari di hari raya, aku melihat 2 gadis sedang ber fixie. Bagus untuk kesihatan mereka namun agak janggal apabila melihat cara mereka berpakaian di pagi raya. "Matlamat tidak menghalalkan cara" Lebih elok jika merreka menutup kepala mereka supaya selari dengan kehendak islam.

Friday, November 18, 2011

BUANG HABUK

Petang semalam Fuji RB di bawa turun semula ke tanah dengan habuk menunjukkan bahawa ia tidak digunakan sejak sekian lama. Speedometer kurang berfungsi namun bukan halangan untuk memulakan semula khidmatnya untuk kebaikan dan kesihatan diri. Mengayuh sejauh 10 km pada hari pertama sudah cukup untuk menjadi penanda aras kepada komitmen untuk terus mengayuh berkebetulan dengan keadaan semasa yang agak mengizinkan untuk meluangkan masa demi mencapai kesihatan optima.
Air glukos untuk gantikan tenaga yang digunakan dibawa bersama dan alhamdulillah hati berasa puas.

Thursday, November 10, 2011

pencuri besi buruk

geramnya, sudah ditulis kisah pencuri besi buruk, hilang gitu aje............Gerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Monday, June 6, 2011

Kayuhan Haatyai 1

Sabtu - Kami memulakan program untuk berkayuh di Haatyai , Thailand dengan menumpang sebuah DMax yang hendak ke Kedah. Kami berempat dan road bike bersedia untuk menikmati kayuhan di negara gajah putih.

Jalan sesak ke Rantau Panjang kerana cuti sekolah. Kami hanya tiba di pekan Golok pada pukul 5 petang dan memulakan program ke Haatyai setelah jam 6 petang (waktu Malaysia)
Bersiap-siap dengan tukaran wang RM100 = 960 Baht cukup rasanya untuk belanja semalam di Haatyai. 2 orang akan berada di belakang Dmax, takpa lah, janji sampai.
Tiba di Haatyai, menikmati dinner di Salma Restaurant sekitar RM 78 untuk 7 orang. Kira murahla kerana ia adalah berhawa dingin. Selepas checked-in, kami meronda sekitar bandar Haatyai......

Friday, March 25, 2011

Kayuhan Kesihatan KKM Pasir Puteh

Salam , Hari ini Pasir Puteh menjadi tuan rumah kayuhan kesihatan untuk bulan Mac. Sambutan agak menggalakkan daripada penggiat sukan berbasikal dari seluruh negeri Kelantan khasnya. Dimulakan di pejabat kesihatan daerah dan mengelilingi bandar sebelum menggunakan laluan bukit ke Hutan Lipur Jeram Pasu pastinya menjadi tarikan kepada mereka yang ingin berjinak dengan sukan berbasikal.

Monday, February 14, 2011

Kembali mengayuh

Sejak bulan Ramadhan dan bersambung dengan ibadah haji di Mekah hinggalah pada hari Sabtu lepas barulah Fuji road bike kembali berkayuh di Pasir Puteh. Kali ini, Jeram Pasu sekali lagi menjadi destinasi kami berlima. Kayuhan perlahan-lahan untuk kali pertama dapat mengelakkan diri daripada kecederaan ataupun keletihan