Hari ini cuaca baik dan tidak kemana mana di waktu petang. Apa lagi, jom lah mencuba fuji mana tau dah boleh mengayuh. Esok dan sambut 7 minggu selepas pembedahan pintasan jantung.
Basikal ku keluarkan daripada tempat simpanan. Opps, sebelum tu, ku pakai jersi yang aku dapat semasa mendaftar satu program kayuhan beberapa tahun lepas.
Bila ku mulakan kayuhan , terasa goyang dan kurang yakin untuk mengawal basikal. Berhenti dulu sekejap, dan ambil semangat. Jumpa jalan berbukit pertama, Ya Allah aku tak mampu nak teruskan. RB dan bertukar menjadi MTB- mari tolak basikal.
Akhirnya lebih yakin dan memori untuk tukar gear pun dah dapat maka aku teruskan kayuhan dan menggunakan jalan yang rata.
Singgah di Jami Bike Centre dan wow! ribu riban harga basikal yang dijual. Berkenalan dengan Boy di Jami Bike.
Selepas tu, aku kayuh balik ke rumah dengan hati senang sebab dah bersenam hari ini dan air dah keluar melalui hidung.
No comments:
Post a Comment