Monday, January 11, 2010

Ubat Insomnia- kayuh dan tidur awal


Kayuhan hari ini bermula daripada Pusat Servis Toyota, Kota Bharu. Diablo dipunggah bersama supaya 2 kerja dapat dijalankan pada masa yang sama. Tidak payah memikirkan bas atau teksi untuk pulang. Jam menunjukkan waktu 4.45 petang. Kayuhan bermula sejauh 40 km. Perjalanan agak lancar dan kayuhan yang stabil dengan odometer menunjukkan kelajuan sekitar 21-22 km/j.


Dipertengahan jalan, terserempak dengan seorang penunggang yang juga menggunakan diablo dengan disc. Helmet baru rupanya dan menggunakan tema kayuhan helmet baru pada petang ini. Dengarnya telah membakar sebanyak 2 kg sejak menggunakan diablo.


Teruskan usaha untuk menjejaki sesuatu yang telah hilang iaitu seluar bersaiz 32 inci dan ke bawah.


Jangan jadi komang sepanar dan berat nanang. kesihatan dijaga dan ibadat tidak terabai. Teruja melihat beberapa remaja yang berbasikal ke masjid. Hidupkan budaya berbasikal tanpa memilih laluan.  Setiap malam, mata mengantuk dan tidur yang puas disamping pagi besok yang ceria, insyaallah

No comments:

Post a Comment