Saturday, January 2, 2010

Kayuhan Penamat Cuti Persekolahan Hujung Tahun


Niat untuk menamatkan cuti persekolahan hujung tahun dengan kayuhan jarak jauh sudah terpahat sejak beberapa hari yang lalu. Kayuhan yang paling jauh sebelum ini ialah 52 km. Itupun sudah lebih 2 bulan yang lalu. Hari lain hanya maintain 15-30 km sehari. Berat badan masih belum menunjukkan penurunan yang ketara walaupun terasa lebih cergas. Sasaran hari ini ialah ke Wan's Cycle untuk mendapatkan helmet sebagai langkah keselamatan. Hujan turun sejak awal pagi sedikit sebanyak mencabar komitmen. Kayuhan sejauh 2 km pertama dihentikan kerana hujan namun untungnya, keletihan kurang terasa kerana cuaca yang dingin. Diablo dirakam di depan sebuah kedai basikal di Pasir Tumbuh.
 

Kelantan yang mencatat sejarah ke final 2 piala pada tahun 2009 turut menjadi rakaman lensa. Sokongan tetap diberikan walaupun kecewa melihat gelagat penonton yang tidak dapat menerima kekalahan di Stadium Nasional tempohari. Dua kali terserempak dengan road bikers yang memecut laju dan guarantee tidak dapat dikejar dengan kekuatan jentera mereka.


Diablo dirakam di depan Istana Kubang Kerian. Sultan yang sedang gering  menantikan doa rakyat jelata untuk kesihatan Baginda. Comotnya Diablo sehinggakan botol air juga terpaksa dicuci sebelum dapat mengeringkan haus. Jarak perjalanan sudah menjangkau 30 km yang memang biasa dilakukan bersama Diablo.


Setelah membeli helmet di Wan's Cycle, jenama Rock Bike yang terletak sejauh 35 km daripada rumah. Ketika ini, simpang di depan HUSM Kubang Kerian dan cuaca sudah mula cerah. Terasa diri lebih selamat dan ia merupakan ilhtiar penunggang basikal demi keselamatan semasa beriadah.


Memilih untuk menggunakan laluan lain menemukan Diablo dengan SMK Puteri Saadong, Lagenda Puteri Raja. Sayangnya, beberapa patah perkataan telah hilang dan mencacatkan pemandangan. Hari ini, banyak sekolah yang mengagihkan bukut teks kepada pelajar mereka. Terasa juga kesusahan yang ditanggung mereka kerana terpaksa memikul buku teks untuk balik ke rumah kerana tidak mempunyai kenderaan seperti kereta. Oleh itu, rasanya buku teks perlu digunakan sebaik mungkin dan lebih kerap oleh guru di dalam kelas.


Singgah solat zohor di sebuah masjid di Pekan Gunung berdekatan dengan kuari. Menjamu selera dengan nasi yang dibawa oleh isteri tersayang yang baru balik daripada sekolah. Terserempak pula dengan tuan punya diablo disc yang dalam perjalanan ke Airport. Lensa diserahkan untuk merakam sebuah kayuhan


Selepas 4 jam mengayuh, diablo tiba di rumah dengan kayuhan sejauh 76 km dan kalori dibakar sebanyak 800++. Kepuasan terpancar dismping mengimpikan sebuah road bike yang lebih ringan dan laju untuk kayuhan lebih jauh. Insyallah!

2 comments:

  1. assalamualaikum cikgu, blh tak link dgn blog saya.tq

    ReplyDelete
  2. lupa pulak nak letak adress http://9w2dfa.blogspot.com/

    ReplyDelete