1. PENGENALAN
Program kayuhan ini adalah merupakan satu usaha untuk memperluaskan fungsi masjid sebagai institusi masyarakat yang utama. Tugas untuk mendekatkan belia dengan masjid perlu dilakukan untuk memastikan setiap anggota masyarakat sentiasa sedar akan fungsi masjid yang sebenarnya selain daripada tempat untuk para jemaah menunaikan solat fardu. Gabungan antara orang dewasa yang merupakan para jemaah masjid ibrahimi dan para belia melalui acara berbasikal dirasakan akan menjadi pemangkin kepada ukhwah masyarakat di daerah Pasir Puteh khasnya dan di Kelantan amnya.
2. RASIONAL
Program ini adalah diharapkan dapat memberikan peluang kepada anggota masyarakat terutamanya belia untuk turut serta dalam program anjuran JK Masjid Ibrahimi. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan riada berbasikal sebagai salah satu aktiviti ibadah dalam menjaga kesihatan supaya setiap individu akan sentiasa sihat dan segar untuk berjemaah di masjid. Para belia juga diharapkan agar dapat memahami dan membezakan antara aktiviti riadah yang dibenarkan oleh islam melalui aktiivti berbasikal tanpa melibatkan unsur judi, membuka aurat dan sebagainya.
3. OBJEKTIF
1. Mengeratkan hubungan JK Masjid Ibrahimi dan para belia di Pasir Puteh
2. Menggalakkan aktiviti riadah sebagai satu ibadah
3. Menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah SWT
4. Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar.
4. KUMPULAN SASARAN
Sasaran utama aktiviti berkayuh basikal ini adalah terdiri daripada ahli jemaah Masjid Ibrahimi Pasir Puteh dan para remaja dan belia yang menginap di sekitar Bandar Pasir Puteh.
5. TARIKH & TEMPAT KAYUHAN
Tarikh jangkaan ialah 07 Mei 2010 (Jumaat) bermula pukul 7.30 pagi. Para peserta akan berkayuh ke Pantai Tok Bali (17 km).
6. ANGGARAN PERBELANJAAN.
1. T/Shirt AJK dan peserta 50 helai X RM 15.00 RM 750.00
2. Cabutan Bertuah 10 item X RM 25.00 RM 250.00
3. Makanan 50 bungkus X RM 5.00 RM 250.00
4. Cenderahati Jemputan RM 100.00
JUMLAH __________________ RM 1350.00
7. TENTATIF PROGRAM
07.30 pagi Peserta berkumpul di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh
07.45 pagi Peserta akan berkayuh ke Pantai Tok Bali
08.45 pagi Dijangka tiba di Pantai Tok Bali
08.50 pagi Sarapan pagi
09.15 pagi Bersama jemputan khas
09.45 pagi Cabutan bertuah
10.00 pagi Berkayuh balik ke Masjid Ibrahimi
11.00 pagi Bersurai
PENUTUP
Di harapkan program ini akan dapat menjadi penyumbang kepada kehidupan bermasyarakat yang lebih berkat dan harmonis. Kerjasama semua pihak akan memastikan kelancaran program yang dirancangkan.
“ RIADAH BERKAT, MASYARAKAT SELAMAT”
Disediakan oleh Di sahkan oleh