Sunday, April 25, 2010

KERTAS KERJA KAYUHAN RIADAH MASJID IBRAHIMI 2010.. harap jadi



1. PENGENALAN


            Program kayuhan ini adalah merupakan satu usaha untuk memperluaskan fungsi masjid sebagai institusi masyarakat yang utama. Tugas untuk mendekatkan belia dengan masjid perlu dilakukan untuk memastikan setiap anggota masyarakat sentiasa sedar akan fungsi masjid yang sebenarnya selain daripada tempat untuk para jemaah menunaikan solat fardu. Gabungan antara orang dewasa yang merupakan para jemaah masjid ibrahimi dan para belia melalui acara berbasikal dirasakan akan menjadi pemangkin kepada ukhwah masyarakat di daerah Pasir Puteh khasnya dan di Kelantan amnya.

2. RASIONAL

Program ini adalah diharapkan dapat memberikan peluang kepada anggota masyarakat terutamanya belia untuk turut serta dalam program anjuran JK Masjid Ibrahimi. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan riada berbasikal sebagai salah satu aktiviti ibadah dalam menjaga kesihatan supaya setiap individu akan sentiasa sihat dan segar untuk berjemaah di masjid. Para belia juga diharapkan agar dapat memahami dan membezakan antara aktiviti riadah yang dibenarkan oleh islam melalui aktiivti berbasikal tanpa melibatkan  unsur judi, membuka aurat dan sebagainya.

3. OBJEKTIF

1.      Mengeratkan hubungan JK Masjid Ibrahimi dan para belia di Pasir Puteh
2.      Menggalakkan aktiviti riadah sebagai satu ibadah
3.      Menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah SWT
4.      Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar.

4. KUMPULAN SASARAN
     
Sasaran utama aktiviti berkayuh basikal ini adalah terdiri daripada ahli jemaah Masjid Ibrahimi Pasir Puteh dan para remaja dan belia yang menginap di sekitar Bandar Pasir Puteh. 

5.      TARIKH & TEMPAT KAYUHAN

Tarikh jangkaan ialah 07 Mei  2010 (Jumaat) bermula pukul 7.30 pagi. Para peserta akan berkayuh ke Pantai Tok Bali (17 km).


6.    ANGGARAN PERBELANJAAN.

1.      T/Shirt AJK dan peserta         50 helai       X RM 15.00        RM 750.00                 
2.      Cabutan Bertuah                     10 item       X RM  25.00        RM 250.00
3.      Makanan                                 50 bungkus X RM   5.00        RM 250.00 
4.      Cenderahati Jemputan                                                                        RM 100.00     
            JUMLAH                   __________________                     RM   1350.00

7.    TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi       Peserta berkumpul di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh
07.45 pagi       Peserta akan berkayuh ke Pantai Tok Bali
08.45 pagi       Dijangka tiba di Pantai Tok Bali
08.50 pagi       Sarapan pagi
09.15 pagi       Bersama jemputan khas
09.45 pagi       Cabutan bertuah
10.00 pagi       Berkayuh balik ke Masjid Ibrahimi
11.00 pagi       Bersurai

PENUTUP

            Di harapkan program ini akan dapat menjadi penyumbang kepada kehidupan bermasyarakat yang lebih berkat dan harmonis. Kerjasama semua pihak akan memastikan kelancaran program yang dirancangkan.



“ RIADAH BERKAT, MASYARAKAT SELAMAT”







               

       Disediakan oleh                                                                     Di sahkan oleh



           














No comments:

Post a Comment