Friday, August 6, 2010

Mercutanda

Mercu tanda bandar yang baru mungkin bersempena dengan persaraan Ketua Jajahan. Namun, aku berbangga pada hari ini untuk mengajak para pengayuh basikal untuk bergambar di sini sebagai tanda bahawa anda telah tiba di Pasir Puteh.

Kemana anda berkayuh?

Hari ini saya bersama Laziz dan Mazli telah berkayuh 60 km menggunakan laluan Selising-Kok Lanas-Tok Bok-Banggul Judah-Pasir Puteh. Usaha terbaik terus dilakukan untuk mendapat kayuhan yang lebih mantap. Sampai di 25 km, perut telah mula kembung dan kesakitan terasa di dada sehingga ke dalam telinga. Saya meminta mereka meneruskan perjalanan ke kolam air panas tok bok manakala saya meneruskan kayuhan supaya tidak mengganggu rentak mereka. Alhamdulillah! Saya berjaya menamatkan kayuhan dengan baik

Saturday, July 31, 2010

NTMTBA 2010

Hari ini saya berada di NTMTBA 2010 bertempat di USM Kejuruteraan Transkerian. Pada awalnya, memang saya ingin menyertai kayuhan tetapi persiapan yang kurang menyebabkan ia terpaksa ditangguh untuk program kayuhan yang lain. Bagaimanapun, saya dapat merasakan keseronokan para peserta yang mengambil bahagian.

Lihatlah persediaan yang dilakukan. Goodies diambil sejak malam tadi. Hotel ditempah di pekan Parit Buntar.
Lihatlah keseronokan pengayuh dan peminat MTB. Mungkin aku akan turut serta dalam program lain.

Thursday, July 29, 2010

Refleksi

Kita sedang menghampiri bulan ramadhan. Setahun yang lalu, sebelum ramadhanlah aku memasang niat untuk membeli basikal. Aku telah memilih untuk berbasikal kerana ada sebab. Aku tidak mampu lagi berjoging. Namun, bukan senang untuk medapatkannya. Aku tidak terus mendapatkannya kerana masalah kewangan, bukan kerana aku menganggapnya sebagai kehendak melebihi keperluan tetapi adakah aku mampu bertahan jika sebuah basikal sudah berada di tangan...

Saturday, July 24, 2010

Sunday, July 18, 2010

Idola

Kayuhan jumaat yang lalu menemukan kami dengan seorang pengayuh tegar yang telah 3 tahun berkecimpung dlm kayuhan. Beliau sangat teruja melihat seorang demi seorang menjalani gaya hidup yang sihat. Beliau menjadikan seorang pesakit kanser tahap 4 yang sembuh dengan kayuhan untuk terus kekal berkayuh. Anda dan saya bagaimana?

Friday, July 9, 2010

Basikal di mana-mana

Pagi ini tiada aktiviti kayuhan kerana terpaksa menghadiri satu program di Machang. Sebagai seorang pengayuh, mata akan cepat memberikan respon kepada sesiapa atau apa sahaja yang berkait dengan basikal. Sebagai contohnya, saya telah berselisih dengan sekumpulan pengayuh yang mungkin pelumba berdasarkan kepada cara mereka mengayuh dan diiringi oleh motorsikal. Cuba lihat di bawah ;
Saya terpaksa memandu dengan kelajuan 50 km/j untuk memotong mereka, mungkin mereka sedang mengayuh dengan kelajuan 45 km/j
Ketika ini, mereka mengambil selekoh untuk ke jalan Pasir Puteh. Saya terpaku melihat bagaimana mereka sering bertukar-tukar posisi untuk mengekalkan kelajuan.
Apabila tiba di pekan, saya terlihat 4 buah basikal pelancong yang sedang berhenti minum di simpang empat. Saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menemubual mereka. Mereka dalam perjalanan ke Tanah Merah daripada Pulau Perhentian. Mereka melancong dengan berbasikal selama 28 hari sehingga ke Singapura sebelum pulang ke Amsterdam. Wow! Hebat sungguh melihat bagaimana orang lain menikmati keindahan negara kita dengan basikal.
Apakah jenama basikal mereka! Jansen , iaitu nama pelumba yang memenangi Le tour De France pada akhir tahun 1970-an. Kita mungkin mengeluarkan basikal Anuar Manan untuk rakyat Malaysia

Foto Kayuhan riadah

Thursday, July 8, 2010

Alhamdulillah

Salam pagi Jumaat. Apa berlaku di Pasir Puteh pada pagi ini? Kayuhan Riadah anjuran Persatuan Masjid Ibrahimi. Perjalanan sejauh 35 km pergi-balik ke Pantai Tok Bali dengan kerjasama PDRM, JPA3, dan MDPP serta 45 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan kebanyakannya adalah ahli jemaah Masjid Ibrahimi. Foto akan di upload dlm masa yang singkat.

Sunday, July 4, 2010

Kayuhan Riadah Masjid Ibrahimi 2010


Kayuhan Riadah Masjid Ibrahimi 2010

Tentatif Program

07.15 pagi           Peserta berkumpul di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh
07.30 pagi Pelepasan Peserta ke Pantai Tok Bali oleh Imam
08.30 pagi Dijangka tiba di Pantai Tok Bali
08.35 pagi Sarapan pagi
09.00 pagi Perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah Pasir Puteh
09.15 pagi Bersama jemputan khas / Cabutan bertuah
10.00 pagi Berkayuh balik
11.00 pagi Dijangka tiba di Masjid Ibrahimi dan bersurai

Monday, June 28, 2010

DI mana basikal???

Inilah keadaan di sebuah sekolah di mana jumlah motosikal pelajar seakan-akan sama dengan pekerja sebuah kilang yang besar. Mereka datang ke sekolah dengan motosikal, ya; mereka belum mempunyai pendapatan tetapi sekolah memerlukan sebuah lagi kawasan seumpama padang bola sepak untuk menempatkan motosikal mereka. Jika begini keadaannya, maka kita perlu mengkaji semula kokurikulum di sekolah. Di mana basikal ???? 

Sunday, June 27, 2010

Minggu tanpa basikal.....

Dah 2 minggu aku merehatkan diri daripada berbasikal dengan sebab yang tersendiri... Insyallah mulai besok aku akan kembali melakukan rutin biasa untuk terus mengekalkan kesihatan diri. Badan sudah terasa berat namun selepas dua minggu, rasa keperitan di belakang lutut sudah hampir pulih dan bersedia untuk kembali bergoyang...

Saturday, June 19, 2010

Garmin

my location / home N 05 50.227'  E 102 22.785'

Jersi Basikal

Sambil menemani isteri untuk temujanji di KL. Aku telah membuat panggilan telefon kepada seseorang yang mejual jersi basikal.  Kami berhubung beberapa kali dan akhirnya berjanji untuk bertemu di sebuah pekan. Masjid menjadi tempat yang paling mudah untuk bertemu. Rupanya beliau tinggal di Jalan Cheras-Kajang kira-kira dekat dengan GMart Kajang suatu ketika dulu (khabarnya telah berpindah ke tempat lain). Ada beberapa jersi yang menarik dengan harga RM 50. Masalahnya ialah kesukaran untuk mendapat kuantiti yang cukup kerana beliau membuat bisnes secara sambilan.
Besoknya, sambil menunggu masa untuk melawat isteri di wad, aku telah bergerak ke Pertama Kompleks, yang sudah sebati sejak tahun 70-an lagi. Disitulah kami dari kecil akan berada pada masa cuti sekolah. Ada sebuah kedai yang menjual jersi yang lebih murah dan sesuai untuk kelab. Ego Sport daripada Thailand yang dijual RM40 sehelai memang menjadi pilihan untuk  ahli kelab kami yang berminat.

Saturday, June 12, 2010

UUM

Percutian di kampung isteri kali ini diiringi dengan Fuji buat kali pertama. Jika sebelum ini Raleigh menemani kayuhan pagi di Alor Setar maka kali ini giliran Fuji pula bersama. Kemana aku? Memilih untuk ke utara menjadikan UUM sebagai sasaran.
Untuk sampai ke sasaran maka aku terpaksa melalui pekan Jitra dan menghala ke Changlun. Fuji disandarkan ke tanda pekan.
Hari hampir hujan, simpang ke UUM sudah di depan mata, camna ni? Patah balik lah kerana cuaca mudung semacam jer
Tahniah ! Koho koho dapat lah 77 km hari tersebut

Saturday, June 5, 2010

Kayuh Kesihatan 2010 Tanah Merah

GKK kali ini membawa pembaca ke program Kayuhan Sihat 2010 , acara bulanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk negeri Kelantan. Tarikh yang ditangguh seminggu diadakan di Tanah Merah. Kayuhan kali ini adalah sejauh 40 km melalui laluan berbukit.

Seramai 70 orang anggaran peserta kali ini kerana berkebetulan dengan program berbasikal yang dianjurkan oleh sebuah kedai basikal pada masa yang sama di sini.
Antara peserta yang mengambil bahagian, adalah kelab berbasikal paspute yang bersama menjunjung hasrat gaya hidup sihat oleh KKM.
Pasukan polis trafik yang begitu komited juga diucapkan terima kasih. Kayuhan bersopan santun dikatakan oleh beberapa peserta kerana anggota polis sentiasa mengngatkan agar kayuhan dilakukan bersama-sama.
Pit Stop di Klinik Bukit Merbau setelah berkayuh 26 km. 2 biji pisang menambah tenaga untuk menghabiskan kayuhan sepanjang jalan besar tanah merah-jeli.
Setelah tamat kayuhan, nasi bungkus setiap orang tanda terima kasih daripada penganjur.
Siapa mahu sihat? Tanya diri sendiri. Tepuk dada tanya selera. Mau Road Bike? Jommmmm gatih koho koho

Saturday, May 29, 2010

Kelab Berbasikal Paspute

Alhamdulillah, akhirnya sebuah lagi kelab untuk penggemar riadah berbasikal ditubuhkan dengan keahlian pertama seramai 8 orang. Mesyuarat penubuhan dilakukan di jeram mengaji yang akan menjadikan kami lebih aktif dalam aktiviti berbasikal. Saudara Laziz telah dipilih sebulat suara sebagai pengerusi dan aku telah dipilih menjadi setiausaha kelab. Laman blog kelab telah juga dibuat http://kbpaspute.blogspot.com .

Mesyuarat orang melayu selalunya diakhiri dengan upacara makan-makan hehehhe

Tuesday, May 25, 2010

Cemas....

Sampai rumah lebih kurang jam 2 ptg. Kurang bernasib baik kerana wifi jiran ditutup bukan mcm biasa neighbour-friendly. Bosan menunggu petang untuk kayuhan maka saya mengambil keputusan untuk berkayuh seawal jam 3. Persiapan dibuat dan terkejut beruk melihat tayar belakang Fuji kempis. Apahal ! Semalam rasanya masih elok dan terik. Aku memasukkan basikal ke dalam kereta dan kesemua kedai di pekan tidak mempunyai stok tiub basikal 700X25C. Apa lagi, aku memerlukan setengah jam untuk ke sempadan negeri jiran. Nasib baik, berbaki 2 tiub yg lebih kecil 700X18-23C. Kira ok la tu. Aku menyuruh mereka menukar tiub dan menyimpan baki terakhir untuk lain waktu.

Pukul 5.30 kami berempat ( dua rider basikal jepun, satu MTB dan Fuji ) bergerak untuk riadah. Kelajuan 24-25 km/j sejauh 10 km sudah cukup untuk mengeluarkan peluh jantan. Aku tidak mampu bertahan lama dengan kelajuan tersebut. Perut sudah mula kembung dan dada semakin menyesakkan.
Selepas berehat seketika, aku mula memecut sehingga 29 km/j untuk sejauh 2 km dan rupanya 2 lagi rider sudah bersiar-siar di belakang.
Masuk jalan kampung rupanya kurang selamat kerana ada sebuah Wira yang dipandu laju hampir melanggar kami di selekoh. Kami terbang ke dalam semak dan syukurlah semuanya selamat. Kayuhan ditamatkan dengan segelas tea o beng laici dan laicikang. Jarak kayuhan 26 km dengan average 24-25 km/j sudah cukup untuk aku berehat drp bermain badminton pada mlm ni.

Friday, May 21, 2010

Lata Mukmina

kawasan yang sesuai utk diadakan kayuhan MTB.. Laluan berbukit untuk penggemar aktiviti lasak. Laluan ke Lata Mukmina adalah sejauh 5 km drp jalan besar. dikelilingi kebun getah amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan MTB
Li Amstrong terpaksa DH dengan kaki selepas berdepan dgn masalah brake.
keaslian dan keindahan yang sukar ditemui jika kita tidak sanggup untuk sedikit cabaran.
Nice to see, berenang belum tahu...... jom kita datang lagi

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Berbasikal

Berbasikal sebagai salah satu aktiviti untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Dengan kata lain, aktiviti yang boleh membantu menguatkan kekuatan jantung manusia. Ia diibaratkan kekuatan kaburator sebuah motosikal. Jantung yang lebih sihat akan bekerja secara optima di mana darah beroksigen akan dipamkan ke seluruh anggota badan dengan secukupnya.
Memilih untuk berbasikal bermakna kita telah bersedia untuk menjadi lebih sihat namun mendapatkan nasihat doktor adalah lebih baik jika kita pernah mengalami masalah kesihatan. Aktiviti berbasikal seelok-eloknya dilakukan melebihi 3 kali seminggu supaya ia betul-betul akan memberikan kesan kepada kesihatan kita. Beberapa konsep kecergasan perlu difahami supaya kita tidak membazirkan masa di atas basikal namun kita tidak mendapat sebarang faedah daripada aktiviti yang dilakukan.
Selamat Berbasikal

Sunday, April 25, 2010

KERTAS KERJA KAYUHAN RIADAH MASJID IBRAHIMI 2010.. harap jadi



1. PENGENALAN


            Program kayuhan ini adalah merupakan satu usaha untuk memperluaskan fungsi masjid sebagai institusi masyarakat yang utama. Tugas untuk mendekatkan belia dengan masjid perlu dilakukan untuk memastikan setiap anggota masyarakat sentiasa sedar akan fungsi masjid yang sebenarnya selain daripada tempat untuk para jemaah menunaikan solat fardu. Gabungan antara orang dewasa yang merupakan para jemaah masjid ibrahimi dan para belia melalui acara berbasikal dirasakan akan menjadi pemangkin kepada ukhwah masyarakat di daerah Pasir Puteh khasnya dan di Kelantan amnya.

2. RASIONAL

Program ini adalah diharapkan dapat memberikan peluang kepada anggota masyarakat terutamanya belia untuk turut serta dalam program anjuran JK Masjid Ibrahimi. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan riada berbasikal sebagai salah satu aktiviti ibadah dalam menjaga kesihatan supaya setiap individu akan sentiasa sihat dan segar untuk berjemaah di masjid. Para belia juga diharapkan agar dapat memahami dan membezakan antara aktiviti riadah yang dibenarkan oleh islam melalui aktiivti berbasikal tanpa melibatkan  unsur judi, membuka aurat dan sebagainya.

3. OBJEKTIF

1.      Mengeratkan hubungan JK Masjid Ibrahimi dan para belia di Pasir Puteh
2.      Menggalakkan aktiviti riadah sebagai satu ibadah
3.      Menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah SWT
4.      Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar.

4. KUMPULAN SASARAN
     
Sasaran utama aktiviti berkayuh basikal ini adalah terdiri daripada ahli jemaah Masjid Ibrahimi Pasir Puteh dan para remaja dan belia yang menginap di sekitar Bandar Pasir Puteh. 

5.      TARIKH & TEMPAT KAYUHAN

Tarikh jangkaan ialah 07 Mei  2010 (Jumaat) bermula pukul 7.30 pagi. Para peserta akan berkayuh ke Pantai Tok Bali (17 km).


6.    ANGGARAN PERBELANJAAN.

1.      T/Shirt AJK dan peserta         50 helai       X RM 15.00        RM 750.00                 
2.      Cabutan Bertuah                     10 item       X RM  25.00        RM 250.00
3.      Makanan                                 50 bungkus X RM   5.00        RM 250.00 
4.      Cenderahati Jemputan                                                                        RM 100.00     
            JUMLAH                   __________________                     RM   1350.00

7.    TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi       Peserta berkumpul di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh
07.45 pagi       Peserta akan berkayuh ke Pantai Tok Bali
08.45 pagi       Dijangka tiba di Pantai Tok Bali
08.50 pagi       Sarapan pagi
09.15 pagi       Bersama jemputan khas
09.45 pagi       Cabutan bertuah
10.00 pagi       Berkayuh balik ke Masjid Ibrahimi
11.00 pagi       Bersurai

PENUTUP

            Di harapkan program ini akan dapat menjadi penyumbang kepada kehidupan bermasyarakat yang lebih berkat dan harmonis. Kerjasama semua pihak akan memastikan kelancaran program yang dirancangkan.



“ RIADAH BERKAT, MASYARAKAT SELAMAT”







               

       Disediakan oleh                                                                     Di sahkan oleh



           














Friday, April 23, 2010

Jeram mengaji

Pagi Jumaat, aktiviti kayuhan hari ni dicadangkan oleh Yol, Jeram Mengaji aka Jeram Mak Nenek. Jarak lebih kurang 20 km. Dlm perjalanan, singgah membeli nasi belauk dan tea o. Kami gunakan jalan kampung yang teduh dan sejuk. Kali pertama mengenali kg seligi barat, seligi tok harun dsb.
Tempatnya cantik, airnya jernih namun sampah sarap kelihatan dimana-mana merencatkan keindahan kawasan bukit.
Bukan kami sahaja yang mengayuh , beberapa kawanan pelajar sekolah rendah dari kampung berdekatan turut sama dengan basikal masing-masing.
Naik bukit, gear ditukar belakang depan, hasilnya rantai terlucut. Biasalah, kalau dah namanya bergatih, ada saja cabaran terpaksa dihadapi.

Wednesday, April 21, 2010

Cervelo

 Walau apa acara sekalipun, basikal tetap dijadikan sebagai aset penting untuk menghidupkan suasana. Cuba lihat Cervelo buatan rakyat Malaysia yang menjadi maskot sebuah rumah sukan.

Sunday, April 18, 2010

Dari 1 menjadi 2


Mula-mula dulu , asalkan ada, kemudian biar papa asal bergaya. Kini aku memiliki 2 buah basikal. Yang untungnya, aku sudah mampu mengajak orang rumah untuk turut berkayuh. Semalam kami berkayuh 10 km berdua.

Friday, April 16, 2010

Masjid Ibrahimi Cycling Club

Pagi Jumaat; Janji kayuh diteruskan walaupun kami bertiga sahaja dapat turun. Niat hati adalah menggunakan laluan Tok Bali ke Aura Training Centre. Jarak kayuhan belum diketahui. Cuma PP ke TB dah confirm 17 km. Cikgu Mi turut serta dan jangkaannya kayuhan boleh dilakukan dengan kelajuan 20-22 km/j sahaja. Pertamanya, Cg Mi jarang berkayuh maka aku dpt rasakan bahawa adalah lebih baik memastikan beliau akan turut berkayuh selalu. Meninggalkan rakan yang baru umpama meletakkan bara api kat bontot, susah nak ajak turun lagi.

Memang betul, kelajuan 20-22 adalah sesuai dengan kemampuan beliau sebelum kami singgah sekejap untuk sarapan selepas tiba di Tok Bali. Kayuhan diteruskan dan rupanya ATC terletak lebih kurang 25 km drp PP. Sambil melayan kawan-kawan yang bertugas di Kem Kepimpinan Pengawas, aku membiarkan Cg Mi mengambil masa untuk berehat. Ini kali pertama beliau mengayuh dengan jarak demikian. Selepas 1/2 jam, kami balik dengan menggunakan laluan ke Beris Lalang dan setiap 2 atau 3 km, kami terpaksa berhenti rehat. Aku menasihat Cg Mi supaya mencari masa untuk mengayuh 25-30 km setiap selang hari untuk tingkatkan stamina. Akhirnya jarak kayuhan hari ini mencecah 43 km.


Balik berehat sebelum ke Masjid, aku terfikirkan projek Masjid Ibrahimi Cycling Club kerana kebanyakan ahli jemaah gatih koho koho adalah ahli jemaah masjid ibrahimi.

Monday, April 12, 2010

Sepetang di Pasir Puteh

Bersama Jo dan Muslim, kami merayap melalui jalan bendang di kg merkang dan menyusur ke kanan menuju banir belikong. Muslim bersahaja dengan Miyata hijau dengan kelajuan 24-25 km/j. Peluh mengalir dan membasahi baju kuningnya menandakan kalori telah dibakar dan insyallah kesihatan semakin baik. Selepas 20 km, singgah minum dan merehatkan badan sambil bermuhasabah diri dan mengimbau kenangan lalu.Itulah sepetang di Pasir Puteh.

Saturday, April 10, 2010

Anda Bagaimana?

Kayuhan pagi Jumaat aka Kayuhan Nasi Belauk Kedai Sodok di PAdang Luas dan diteruskan melalui Jalan Seberang Jerteh memberikan peluang kepada pengayuh sepeerti kami untuk membakar ratusan kalori disamping menambah vitamin untk kulit.
Tidak kira siapa anda, anda layak untuk menyertai kami dengan niat untuk mengekalkan kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit dengan izin Nya.
MTB atau RB bukan tajuk, yang dikira adalah komitmen anda dan saya. Saya telah mulakan , anda bagaimana?

Thursday, April 8, 2010

Semangat... Fuji

Sejak memiliki Fuji, perasaan untuk mengayuh semakin hebat walaupun terkadang diganggu dgn masalah untuk meneruskan kayuhan pada kelajuan 25 km/j ke atas. Terasa benar kelainan mengayuh road bike kerana dengan sedikit perahan tenaga dengan gear 2:3/4 kita akan mampu mengayuh pada 24-25 km/j dengan selamba. Cuma aku sahaja yang perlu berubat atau mencari punca kenapa kadang-kadang terasa sakit semasa mengayuh ditambah dengan kesakitan di belakang lutut kiri. Wassalam

Saturday, April 3, 2010

Gaya berbasikal

Gaya-gaya penunggan basikal tidak menentukan peringkat minat mereka terhadap aktiviti berbasikal. Cuba bandingkan foto -foto di bawah.

Friday, March 26, 2010

Anda Stress???????

Tanda-tanda mereka yang tidak stress..........
Kayuh basikal sambil menunjukkan isyarat bagusssssssssssssss

Kayuh basikal sambil mengangkat dua tangan............

Berada dengan rakan -rakan di tempat perkelahan.........

Monday, March 8, 2010

Kisah Pengayuh

 
Ini bukan main-main, ini betul-betul! Cubaan! Bukit ni kalau downhill boleh dapat sampai 50km/j. Memang patutlah kalau first timer kena buat MTB (Mari Tolak Basikal). Kayuhlah mengikut kemampuan masing-masing.


 
Jangan lupa untuk menyemak kadar nadi selepas sesuatu kerja yang dilakukan untuk menjadi pengayuh yang berpengetahuan. 
 
Panas cuaca bukan penghalang untuk mengayuh tetapi pastikan bekalan air cukup sebab tiada check point untuk dapat air percuma. MTB tayar kecil agak sukar dengan keadaan ini.

 
Fuh! Lega bila dah sampai di puncak.