Ride To Doing Things (RTDT) kali ini membawa diablo ke negeri sempadan iaitu Terengganu untuk urusan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Sebaik tiba disempadan, diablo berhenti untuk merakam pintu gerbang masuk ke negeri darul runtuh. Daripada stadium, dewan sekolah hingga ke terminal bas runtuh yang menghairankan rakyat jelata. Kalau mcm ni, samyvellu kena bersuara sikit.
Selepas 25 km, ternampak sebuah kedai basikal di alor lintang (Mutiara Cycle) yang turut menjual spare parts. Yang tergantung putih adalah Raleigh Hybrid, yang dijual dengan harga rm 800++. Banyak juga barangan di kedai ini disamping bengkel bersebelahan memudahkan urusan.
Diablo juga turut terpengaruh untuk menukar tayar kepada yang lebih kecil dan ringan untuk tujuan long distance. Nasib baik tiub masih boleh dipakai. Selepas itu, kayuhan menjadi lebih laju dengan purata 21-23 km/j berbanding 17-18 sebelumya. Inilah sebabnya kaki basikal sentiasa meningkatkan kualiti basikal masing-masing.
JPJ Besut dikelilingi ejen insuran yang tumbuh bagai cendawan. Proton Wira insyallah akan bertukar hakmilik beberapa hari lagi. Diablo diletakkan di hadapan ejen sebagai tanda aku pernah sampai ke situ.
Syabas untuk diri sendiri kerana berjaya bergatih secara bermanfaat berganda. Kesihatan diutamakan, kerja diselesaikan menjadikan tiada alasan untuk tidak berbasikal. Selepas itu nasi ayam kampung menjadi hadiah gatih koho koho pagi ini. Untuk yang ke Kayuhan warisan Taiping dan Bukit Gambang, selamat beramai-ramai.