Friday, December 18, 2009

K-biker


Kali pertama mengayuh selepas odometer dipasang pada handle diablo. Pada mulanya kelihatan tidak berfungsi walaupun kayuhan dibuat sejauh 4 km. Panggilan dibuat kepada Malik , owner kedai dan bertanyakan punca ketidakberfungsiannya.

 
Rupa-rupanya ,  sedikit kesilapan semasa memasang sensor di rim yang terbalik. Kita adalah budak baru bagi apa yang kita belum pelajarinya. Yang penting, kita mencuba dan mencuba sambil bertanya kepada yang ahlinya. Kali pertama dapat memerhati kelajuan sendiri. Hari ini, kayuhan 18-20 km/j akan membakar 10 kalori bagi setiap 1 km. So, perhatikan setiap suapan dan tegukan kita.

No comments:

Post a Comment