Monday, December 14, 2009

Damai waktu pagi di desa nan permai


 Kayuhan diablo kali ini membawa aku melalui Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu bermula seawal jam 7 pagi. Suasana sejuk dan nyaman tidak dapat digambarkan. Sepanjang perjalanan terdapat beberapa kedai makan yang dipenuhi oleh warga pekan yang baru pulang daripada masjid. Sampai di pekan Selising, perjalanan diteruskan dan diablo membeluk ke kanan menghala jalan kampung. Ternampak susuk tubuh yang dikenali di depan sebuah rumah. Ya, itulah kawan lama di UPM yang sedang bersiap untuk membersihkan kebun balak yang mungkin menjadikan beliau seorang jutawan. Selamat berjaya kawan. Berehat dan lensa menunjukkan kolam ikan di raja dan diablo disandarkan pada papan nama peserta kolam ikan.



Selepas 20 minit, kayuhan terpaksa dihentikan kerana terpandang mural di sebuah kedai runcit yang menggambarkan suasana permai desa yang dipenuhi sawah padi. Sayangnya, tidak ramai yang dapat berkongsi kekayaan negara. Imam yang menyampaikan kuliah maghrib sebentar tadi telah memberitahu bagaimana bajapun pandai memilih rumah untuk disinggahi sedangkan ianya di bawah nama subsidi. Harap semua pihak saling membantu bukannya saling membatu.




Selepas mengayuh selama 1 jam 40 minit, diablo dirakam sedang membeli roti canai. Mungkin hadiah galakan kerana berjaya membuat kayuhan. Teruskan usaha, gatih koho koho.

No comments:

Post a Comment