Friday, December 25, 2009

Balaisah Cina Amin


Kali terakhir foto dirakam di sini adalah sekitar tahun 1979 ketika sedang belajar mengaji quran dengan Pak Su Said. Setelah 30 tahun aku kembali ke sini lagi. Mungkin kayuhan petang memberikan peluang untuk kita mengenang saat kita masih kecil yang sukar dilakukan jika kita berkenderaan lain. Tiada alasan untuk singgah namun segalanya mungkin dengan berbasikal. Inilah madrasah cina amin (panggilan masyarakat pasir puteh)



Bolehlah kami mula dikenali dengan keluarga berbasikal kerana selain kami bertiga, ada dua lagi rakyat yang sedang cuti bersunat yang akan menyertai gatih koho koho nanti.


Pandangan depan atau belakang tidak penting begitu juga samada roadie atau mtb. Yang paling diperlukan adalah keazaman dan komitmen untuk kembali sihat dan mantap seperti dulu-dulu. Ayuh! Jom gatih koho koho.

1 comment:

  1. molek jalan tu kalu joging pukul 6.15 pagi,tiada pencemaran dari segi asap kenderaan dan lain-lain.

    ReplyDelete