Jalan yang menghubungkan penduduk di kg kok berangan dengan by-pass di pasir puteh ini telah rosak teruk akibat banjir baru-baru ini. Ia menghalang laluan keluar penduduk walaupun jalan alternatif masih ada. Mungkin jalan begini adalah syurga kepada MTB biker tetapi kita masih di tahap hobi tetapi mereka memerlukan jalan ini untuk mencari makan, belajar agama dan sebagainya.
Hanya basikal sahaja yang boleh melalui jalan ini. Siapa kata rugi mengayuh basikal ? Adakah YB tahu bahawa ada jambatan yang tidak dapat dilalui di kawasan DUN. Penghulu perlu juga diberikan basikal (mungkin hybrid) supaya mereka akan dapat melalui seluruh pelusuk kawasan. Bukan apam, lepas YB , mungkin penghulu pula yang akan menyusul sebagai wakil rakyat.
Kesimpulan, wartawan berbasikal akan lebih banyak maklumat di hujung brek.
No comments:
Post a Comment