Hari ini hujan turun sepanjang hari menyebabkan diablo hanya direhatkan. Kesempatan ini digunakan untuk meninjau MTB di kedai wan, Kubang Kerian. Bersembang tentang basikal memang stress kerana keperluannya sentiasa berubah dan bernilai dari segi kos. Penggunaan velo 8 di atas sebenarnya satu kemestian kepada biker kerana ia memberi peluang untuk kita mengenal diri melalui perubahan yang kita lakukan dalam setiap kayuhan. Kita boleh mengetahui jarak kayuhan, masa kayuhan, purata kayuhan dalam km/h, kalori yang dibakar dsb. Ini menjadikan kita k-rider (pengayuh berpengatahuan).
Bila siap dipasang di handle basikal maka tanggung jawab kita semakin bertambah kerana perjagaan harus diperketatkan. Jika kita adalah pengayuh harian maka sewajarnya kita merelakan sahaja jika suatu hari ia sudah tiada di tempatnya.
No comments:
Post a Comment