Friday, December 11, 2009

Ku milikimu Diablo


2 bulan yang lalu maka tercapailah hasrat untuk mempunyai sebuah basikal bagi menggantikan hobi berjoging yang semakin malap. Mengapa memilih berbasikal? Perjalanan yang lebih jauh akan mengajar lebih banyak pengalaman tentang kehidupan. Aku berkarya melalui perjalanan untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang sudi namun ku miliki bonusnya iaitu kesihatan yang insyallah berpanjangan.
Memulakan sebuah lagi blog supaya lebih berfokus dan menjadi pemangkin kepada usaha untuk kembali cergas. Bagaimana dikatakan cergas ? Seseorang yang cergas adalah keupayaan untuk melakukan rutin harian tanpa merasa penat dan masih mempunyai tenaga untuk menyelamatkan diri semasa kecemasan.

Mengapa memilih berseorangan ? Islam tidak mahu kita menyusahkan orang lain. Biar diri cergas dan kemudian barulah layak untuk mengajak atau menyertai kumpulan berbasikal lain.

Memilih basikal MTB sebagai permulaaan sehingga suatu masa sedikit demi sedikit akan dinaik tarafkan. Memilih MTB asalnya tanpa kefahaman namun yang penting adalah pada kekerapan kayuhan berbanding jenis, harga dan sebagainya.

Setiap karya nanti akan berkisar kepada kehidupan berbasikal. Sehingga berjumpa lagi.

2 comments:

  1. bagaimana dengan aku pula?

    ReplyDelete
  2. JIka diablo menjadi bulan , kau pula menjadi mentari yang menyinari kita semua

    ReplyDelete