Umpama janggut pulang ke dagu, kini beliau kembali aktif. Cuma kali ini ditukarkan kepada aktiviti berbasikal. Sebelum ini, bermula dengan sukan tenis, kemudian ping pong maka hari ini sebuah lagi Diablo daripada Raleigh tiba dlm keluarga kami. Mengapa diablo juga? Itulah pilihan terbaik yang ada di kedai basikal chap ayam di tempat kami. Yang penting, harganya sangat berpatutan.
Diablo Disc dengan hanya rm6++ dikira luar biasa berbanding harga yang dikenakan di kedai basikal bertaraf elit. Kayuhan hari ini sejauh 11 km sebagai permulaan untuk kehidupan aktif insyallah. Sayang sedikit, masalah disc yang bergesel mengurangkan sedikit perasaan gembira di wajah tuannya.
Ontel baru menjadikan keluarga kami semakin dekat dengan aktiviti baru walaupun orang lain sudah tidak lagi mengayuh dengan basikal asia timur mereka.
No comments:
Post a Comment