Diablo membawa aku berkarya pada satu petang jumaat. Bermula jam 4 ptg aku bergerak ke Jeram Pasu, sebuah tempat perkelahan yang terkenal di Pasir Puteh. Jaraknya lebih kurang 9 km daripada rumah. Sebaik azan kedengaran melalui radio Kelantan FM, aku terus berhenti di sebuah masjid/surau. Aku memgalunkan azan dan menunggu lima minit namun tiada muslimin yang menyahut seruan azan. Begitulah nasib penunggang yang kadang-kadang tidak dipedulikan oleh kenderaan yang lalu lalang dan begitu jugalah nasib surau.
Jeram Pasu pada pukul 5 petang dengan riuh rendah manusia bersukaria. Diablo menjadi perhatian beberapa kaum kerana menunggang basikal sudah kurang meriah setelah musim basikal jepun mengambil tempat beberapa ketika dulu. Berjumpa dengan pawang ular berbisa yang sedang mencari sesuatu di situ. Terbang rm10 membeli minyak yg diperbuat daripada tedung, senduk dan katam tebu. Fuh! katanya baik untuk kulit.
Perkelahan di Jeram Pasu menjanjikan kegembiraan kepada keluarga.
Selepas seketika diablo di bawa memanjat bukit sejauh 4 km ke kg telipot. Bukit pertama dan kedua dapat dihadapi dengan baik. Sayangnya aku terpaksa menyorong setengah bukit ketiga dan pastinya suatu hari aku akan ke sini lagi. Kayuhan sejauh 23 km di petang jumaat menjanjikan keseronokan, yang penting bukan harganya , bukan lajunya tetapi acapnya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment